Sejarah Bani Aws

Sejarah awal

Pada lebih kurang tahun 300 M,[4] sewaktu pemindahan Kahlan dari Yaman sebelum Banjir Besar di Empangan Agung (Empangan Ma'rib), Tha'laba bin Amr, datuk kaum Aws, berpisah daripada sukunya dan menetap di di Yathrib (Madinah),[5] yang pada masa itu dikuasai puak suku Yahudi.

Bani Qailah di bawah kuasa Yahudi buat beberapa seketika sehinggalah Malik bin Ajlan daripada Bani Khazraj memerdekakan Bani Qailah daripada penguasaan Yahudi. Dengan demikian, Bani Aws dan Khazraj dapat hak kepada pokok tamar dan kubu-kubu mereka sendiri.[1] Lambat laun, lebih kurang pad abad Kelima Masihi, Bani Qailah mengambil alih penguasaan Yathrib[6] dan kuasa Yahudi menjadi malap buat sekurun lamanya.[3]

Dalam zaman sebelum Hijrah, ketua Aws, Abu Qays al-Aslat daripada suku kaum Wa'il, menyerahkan kepimpinan kepada Ḥuḍair bin Simak daripada suku kaum Abd al-Ashhal. Berikutan satu kekalahan besar, Abd al-Ashhal dan Ẓafar ditarik dari Yathrib. Ketua puak yang bertentangan, Amr bin Nu'man daripada kaum Khazraj Bayaḍa, memaksa suku Yahudi Bani Quraizah dan Bani Nadhir membuat perjanjian bersekutu.[1] Nomad dari Muzaina juga menyertai mereka. Kebanyakan Khazraj [n 1][7] serta Yahudi suku Bani Qainuqak[3] serta suku nomad Juhaina dan Asyjak menyokong Amr bin Nu'man. Suku Haritha daripada Aws berkecuali. Kemudian dalam tahun 617 M, bermulalah Pertempuran Bu'ath. Dalam pertempuran tersebut Bani Nadhir dan Bani Quraizah bersekutu dengan Aws sementara Bani Qainuqak menyokong Khazraj.[3] Pada awalnya Aws dipaksa berundur, tetapi kemudiannya berjaya menewaskan musuh mereka (Khazraj dan sekutu Yahudinya).[7] Selepas pertempuran itu, kedua-dua Aws dan Khazraj kekal bermusuhan.

Hijrah — 622 M

Nabi Muhammad (SAW) berjaya mendamaikan kedua-dua puak Yathrib yang bertelagah ini dan selepas penghijrahan baginda, kedua-dua mereka menjadi satu umat Islam dan dikenali sebagai Ansar.